Kisah Teladan : Gadis Pertikai Hukum Allah dibalas
Serta Merta
Assalamualaikkum
& Salam Peringatan,
Baca dan
hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM
sendiri yaitu Iskandariah, Mesir. Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati
anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang
melalaikan.
Pada suatu
hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki
sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya
walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat
segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan
lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu
dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban
menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu
berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam
kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi
mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua
itu.
Namun,
nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu
dengan jawaban yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua?
Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan
bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku? Apakah kamu mahu aku
berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan
ku di khalayak ramai? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah
kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau
neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat
menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak
cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada
orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika
ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan
hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam
untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa
mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua
tersebut sangat terkejut mendengar jawaban daripada si gadis manis. Sayang
sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala
kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak
menghormati hukum-hukum agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana
khuatir dia akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh
minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar
tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang
yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba
orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia
menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam
keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan
berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba
tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk
menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut.
Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya
menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat
mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur
sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak
keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah
kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah
hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat
baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim
sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah
RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran
Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodernan dunia hari ini atau sembahyang
tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat
biadab dan menghina Allah, Pencipta seluruh alam.
Ingatlah
teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada
kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam
barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh
itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda
enggan melaksanakan suruhan Tuhan berarti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di
sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda
tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri
anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali
anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar
undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk
dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang Pemilik yang menjadikan bumi
ini.
Setiap
Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman
laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di
muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita
petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita
sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin. Kisah ini dikongsikan dan diceritakan
bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal dari Malaysia dan kini berada di
perantauan sana.
langgani
hubbulillahiyah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar